2010-11-11

SPM 23 Nov 2010

23 November 2010, peperiksaan SPM akan bermula sehinggalah 20 Disember. Ya Allah, pantasnya waktu berlalu. Aku harus berjuang habis-habisan untuk SPM ini kerana aku tidak mahu terkandas di tengah jalan. Aku ingin menyambung pelajaran hingga peringkat tinggi demi diri sendiri & keluarga. Ya Allah, hanya pada-Nya aku mohon ketenangan jiwa dan ketabahan untuk lalui semua ini. Rasa tak keruan fikiran dibuat-Nya. Mudah-mudahan aku dapat lakukan yang terbaik untuk SPM. Aku tak boleh gagal ! Ini adalah penentu masa depan aku dan aku harus berjaya. Ya Allah, tenangkanlah hati ini dan permudahkanlah aku menjawab peperiksaan kelak. 'Usaha tanpa tawakkal itu sombong dan tawakkal dengan usaha itu kejayaan', Amin.